PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMPKP

Sunday, February 8, 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG SMPKP KALI KE-24

Dato’/Datin/Tuan/Puan

MESYUARAT AGUNG PIBG SM PENDIDIKAN KHAS PERSEKUTUAN KALI KE-24
Sukacita saya merujuk perkara di atas.
2.         Dengan segala hormatnya tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut yang akan diadakan  seperti ketetapan:
Tarikh              : 13 Februari 2015
Masa               : 3.00 petang
Tempat             : Dewan Khir Johari, SMPKP

3.         Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
3.1        Ucapan Pengetua SMPKP.
3.2        Ucapan Yang DiPertua PIBG sesi 2014/2015.
3.3        Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-23.
3.4        Perkara-perkara berbangkit.
3.5        Membentang dan menerima Laporan Tahunan.
3.6        Membentang dan menerima Penyata Kewangan.
3.7        Pembubaran AJK PIBG Sesi 2014/2015 dan Perlantikan Pengerusi Sementara.
3.8        Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2015/2016.
3.9        Membentang dan Membahaskan Usul.
3.10      Ucapan penangguhan.
3.11      Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG 2014/2015.
3.12      Cabutan bertuah.

4.         Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir untuk menjayakan Mesyuarat Agung tersebut.

5.         Bersama-sama ini dilampirkan kertas cadangan usul dan slip kehadiran tuan/puan untuk dikembalikan kepada Setiausaha Kehormat PIBG melalui guru tingkatan anak tuan/puan selewat-lewatnya pada atau sebelum 11 Februari 2015 (Hari Rabu). Usul tuan/puan juga boleh dihantar melalui SMS di nombor telefon 0132484457 atau emel: supibgsmpkp@gmail.com.

6.         Kehadiran tuan/puan amatlah dihargai dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan 2015/2016.
7.         Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya Yang Menurut Perintah,
(SITI KHAMARIYAH BT KAMARUDIN)
Setiausaha Kehormat
PIBG SMPKP